PERATURAN KESELAMATAN AM
- Sentiasa patuhi arahan guru.
- Jangan masuk dan keluar makmal tanpa kebenaran guru.
- Jangan bermain atau bergurau ketika berada di dalam bengkel.
- Letakkan beg di luar bengkel atau di tempat yang dikhaskan.
- Tumpukan perhatian terhadap kerja yang dibuat.
- Bekerja dengan teratur dan sistematik.
- Simpan semua alatan di tempat yang dikhaskan.
- Bersihkan alatan dan bengkel setelah selesai membuat kerja.
- Sekiranya timbul keadaan berbahaya, laporkan kepada guru dengan segera.
- Tutup semua suis sebelum meninggalkan bengkel.