Tanaman Hidroponik
  • Hidroponik merupakan satu kaedah penanaman tumbuh-tumbuhan tanpa tanah.
  • Hidroponik adalah gabungan dua perkataan Greek iaitu perkataan ‘hydro’ bermaksud ‘air’ dan ‘ponos’ bermaksud ‘kerja’. Secara amnya hidroponik adalah aktiviti kerja air. Penanaman tumbuh-tumbuhan secara biasa di atas tanah dikenali sebagai ’geoponics’.
  • Tumbuh-tumbuhan dapat membesar dengan mendapat zat makanan dan air dalam bentuk larutan. Dalam sistem hidroponik, makanan dibekalkan kepada pokok melalui larutan baja yang dikenali sebagi larutan nutrien. Bekalan larutan nutrien yang seimbang membolehkan akar tumbuh dengan sempurna dan sihat. Ini akan menggalakan tumbesaran tumbuh-tumbuhan bagi pengeluaran daun dan pucuk. Namun demikian, pertumbuhan tanaman masih dipengaruhi pelbagai faktor seperti cahaya matahari, suhu, karban dioksida dan kelembapan persekitaran.
  • Sistem hidroponik ini telah mula memberi sumbangan kepada kemajuan industri dan pengeluaran sayur-sayuran.Penanaman secara hidroponik merupakan satu kaedah pengeluaran sayuran moden dan berteknologi tinggi yang berpotensi untuk berkembang lebih maju di Malaysia sejajar dengan arus pembangunan ekonomi negara ke arah mencapai negara maju menjelang tahun 2020.
 
Maaf !!!
Kerja penambahbaikan sedang giat dijalankan !!!