Ikan hiasan boleh diketegorikan kepada beberapa kumpulan utama berdasarkan jenis pemakanannya. Antaranya ialah :

IKAN KARNIVOR

Ikan yang memakan benda-benda hidup seperti ikan kecil atau haiwan lain dikenali sebagai ikan pemangsa atau karnivor. Biasanya ikan pemangsa bersaiz besar, mempunyai gigi yang tajam dan rahangnya kuat. Makanan ikan karnivor ialah seperti cengkerik, anak ikan, katak atau ulat. Contoh ikan karnivor ialah ikan sebarau, oskar, dan ikan Arowana. 
 
IKAN HERBIVOR
Sesetengah ikan hiasan memakan tumbuhan dan ianya dikenali sebagai herbivor. Ikan ini tidak sesuai dipelihara didalam akuarium yang ditanam tumbuhan akuatik. Contohnya ikan Lampam dan Tiger Barb.

IKAN OMNIVOR
Ikan yang memakan pelbagai jenis makanan seperti plakton, tumbuhan reput, daging haiwan atau pallet. Kebanyakan ikan hiasan ialah jenis ini kerana ianya telah menyesuaikan diri untuk hidup di dalam tangki. Contohnya ikan Pelaga, Oskar, dan Cichlid.
 
Maaf !!!
Kerja Penambahbaikan sedang giat dijalankan !!!